Monday, May 13, 2013

140. pasukan polis, tentera, Jabatan Pertahanan Awam dan Bomba

Banjir: Pas desak SPR tangguh pengundian

https://www.google.com.my/search?q=Party%20Keadilan%20Rakyat&ie=utf-8&oe=utf-8&aq=t&rls=org.mozilla:en-US:official&client=firefox-a&source=hp&channel=np

LABIS: Pas menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menangguhkan pengundian pada Pilihan Raya Kecil Dun Tenang berikutan  banjir yang melanda kebanyakan kawasan itu sehingga menyukarkan pengundi untuk keluar menunaikan kewajipan mereka.
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata SPR perlu membuat keputusan itu segera kerana  pengundi tidak boleh keluar akibat hujan lebat dan banjir.
“Saya minta SPR menangguhkan proses pengundian hari ini kerana hujan lebat dan banjir.
“Pengundi kini sudah terputus hubungan kerana jalan sudah ditutup dan ada dikalangan mereka takut meninggalkan rumah untuk keluar mengundi ekoran banjir di kawasan mereka,” katanya.
Pengarah Pilihan Raya PAS DUN Tenang, Salahuddin Ayub berkata, dalam keadaan kritikal seperti itu pihak SPR perlu memikirkan alternatif lain supaya proses pengundian berjalan dengan lebih lancar tanpa membebankan pengundi.
” Saya rasa mereka harus melihat tuntutan kita itu agak relevan dan kita mempunyai masa sejam lagi untuk melihat secara keselurahan peratus keseluruhan keluar mengundi, saya rasa itu masih lagi boleh kita ajukan kepada mereka,” kata Salahuddin.
Sementara itu Ketua Publisiti Dap, Tony Pua dalam laman twitternya pula mempersoal bantuan yang dikerah untuk mengangkut pengundi yang dikatakan tidak adil.
Menurut Tony Pua, pasukan polis, tentera, Jabatan Pertahanan Awam dan Bomba lebih banyak dikerah membantu membawa pengundi di kawasan Felda untuk sampai ke pusat pengundian
Keadaan itu menyebabkan ramai pengundi Cina yang dijangka memberi sokongan besar kepada Pakatan Rakyat tidak mampu berbuat demikian, katanya.
“Mengapa tidak ada bot untuk membawa majoriti pengundi di bandar Labis yang ditenggelami banjir tetapi Felda mendapat semua bot polis dan bomba?” soal beliau.
Beberapa jalan menunju ke pusat pengundian tidak boleh dilalui buat masa ini kerana ditenggelami air, termasuk di Tenang Stesen yang ditutup sejak pukul 12 tengahari ekoran paras air melebihi satu meter.
Selain itu beberapa jalan ke Kampung Tenang, Air Panas, Ulu Juaseh, Sawah Baru, Felda Tenang, Kampung Radong dari Pekan Labis, Segamat terputus hubungan kerana dinaiki air.
Sementara Jalan Labis-Segamat juga turut ditenggelami air yang mengakibatkan kesukaran kepada kenderaan dan pengundi untuk membuang undi di Ladang Bukit Dato dan SMK Kamarul Ariffin yang dikatakan turut dinaiki air.

No comments:

Post a Comment